Searching...
Monday, 27 October 2014
Sunday, 26 October 2014
23:10 0

Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014

 
Nampaknya sudah rasmi tiada kumpulan Jozan (Johan + Zizan) di dalam musim baru Maharaja Lawak Mega 2014.


Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014

Zizan pula mengesahkan penyertaannya bersama kumpulan Jambu (Yus + Tauke) menubuhkan kumpulan baru iaitu Virus.

Namun begitu, ramai peminat Jozan mendesak mahukan penjelasan sebenar kenapa Johan tidak menyertai Maharaja Lawak Mega 2014.

Mereka, peminat setia mahukan Jozan di pentas Maharaja Lawak Mega 2014. Ketiadaan Jozan menyebabkan ramai tertanya-tanya apa puncanya.

Mungkin kalau Johan dan Zizan memberitahu apa puncanya maka peminat setia ini akan berpuas hati dan terus meyokong Virus. Namun mereka berdua hanya senyap dan ini menimbulkan tanda tanya.

Jom baca komen peminat Jozan:

Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014


Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014


Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com
- See more at: http://perihalnegara.blogspot.com/2014/10/peminat-desak-penjelasan-kenapa-jozan.html#sthash.4bCitjaQ.dpuf
Saturday, 25 October 2014
03:18 0

Gambar penampilan terkini Erin Malek dan Farriz Fauzy terlampau mengejutkan



Terpaku seketika melihat sekeping gambar penampilan terkini Erin Malek dan Farriz Fauzy selepas berkahwin yang nyata amat mengejutkan.

Manakan tidak, ketika pasangan ini bersanding minggu lalu, Erin Malek pernah dikecam akibat mengenakan gaun pengantin yang agak seksi.

Namun, perubahan cara Erin Malek dan Farriz Fauzy berpakaian sesuatu yang tidak disangka-sangka dan pasti menggembirakan hati ramai peminat mereka.

Thursday, 16 October 2014
04:18 0

sedih Eina Azman dipukul dan ditendang kerana cantik




Kesian pulak dengan Eina Azman, pelakon yang sedang meningkat naik kerana pernah dipukul dan ditendang oleh rakan sekolah akibat terlalu cantik dan tinggi.

Kejadian ini confirm mesti sikap cemburu di kalangan perempuan yang tidak memiliki kecantikan seperti yang dimiliki Eina Azman. Jom ikuti luahan hati Eina Azman selepas ditemubual baru-baru ini.

“Pernah saya cedera akibat terjatuh ketika turun tangga gara-gara rasa cemburu mereka. Parut luka itu kekal hingga kini. Keadaan semakin teruk bila saya belajar di sekolah menengah. Ada saja yang sengaja mencari kesilapan saya, walhal saya tidak pernah ganggu sesiapa.

“Bukan saja rupa, bahkan ketinggian saya turut jadi bahan pertikaian. Bukan saya tidak cuba berbaik-baik, tetapi kebanyakan rakan akan menjauhi saya.

“Entah di mana silapnya saya pun tak tahu, walhal tiada beza pun saya dengan mereka. Apa yang mereka pakai, itulah yang saya pakai, malah saya tidak pernah bermegah bergelar artis.

“Saya sudah biasa terima panggilan berbaur ugutan mahu cederakan wajah saya, selain berpuluh-puluh surat layang. Sudah banyak laporan polis dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saya tidak tahu ia angkara siapa dan tidak mahu ambil tahu. Ibu tidak sanggup lihat saya bersedih lagi dan atas faktor itu juga dia sarankan saya berhenti sekolah dan belajar di rumah saja,”
 katanya.


Wednesday, 15 October 2014
02:14 0

TERKINI! JAAFAR ONN MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR MALAM TADI. AL-FATIHAH


KUALA LUMPUR 15 Okt. - Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Jaafar Onn meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Shah Alam pukul 7.40 malam tadi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas solat zuhur hari ini.

Allahyarham merupakan anak kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO. - UTUSAN ONLINE
Tuesday, 14 October 2014
08:36 0

HARI TANPA BRA, JULIA PERREZ MUATNAIK FOTO TOPLESS DI TWITTER

Aktres seksi Julia Perez (Jupe) turut menyambut Hari Tanpa Bra atau No Bra Day pada Hari ini, 13 Oktober.

Melalui akun Twitter dan Instagram, Jupe memuatnaik foto topless atau telanjang dada yang memperlihatkan dirinya tidak mengenakan bra.

No Bra Day adalah sebuah kempen masyarakat di seluruh dunia untuk para pesakit kanser payudara.

Tidak diketahui diketahui siapa yang memulakan aksi No Bra Day. Namun, Jupe tetap menunjukkan kepeduliannya dan ikut merayakan No Bra Day sebagai bentuk dukungan kepada penderita penyakit kanser payudara.



08:26 0

Gadis Cun Pandai Merambat Ikan.


Fuuhhh...!!! Memeng Terbaik la!! Gadis cun berasal dari Thailand ini Pecah rekod mendapat pujian terbanyak dalam laman sosialnya..

Dah muka cantik pandai pulak tangkap ikan guna rambat tu, Jarang kita dapat lihat gadis cun macam ni kan..?? Beruntung la lelaki dapat kahwin Gadis ini, Pandai cari rezeki...Bestjer.blogspot.com
08:24 0

Akibat berjauhan, suamiku tumbang dengan janda

 SAYA mohon identiti saya dirahsiakan umum kerana saya tidak mahu mengaibkan sesiapa dalam masalah rumah tangga saya ini. Perkongsian ini sekadar untuk meleraikan segala kekusutan di hati yang kian sarat seakan tidak tertanggung lagi.

Saya dan suami telah berkahwin selama dua tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel dan sempurna sifatnya. Kami berdua terpaksa hidup berjauhan dan tinggal berasingan kerana tuntutan kerja sejak berkahwin. Saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan manakala suami bekerja sendiri dengan menguruskan perniagaannya.

Pada awal perkahwinan suami tidak pernah berungut untuk tiap-tiap minggu balik berjumpa dengan saya. Selepas empat bulan bernikah saya disahkan hamil, lalu bermulalah episod hitam dalam hidup saya.

Sepanjang mengandung dan menjaga diri sendiri di fikiran saya suami di sana mencari rezeki untuk kebahagiaan saya dan anak yang bakal lahir nanti. Itu hanyalah kata-kata manis untuk saya memujuk diri dan hati yang derita. Suami berubah sikap dari seorang yang mengambil berat dan selalu menghubungi menerusi panggilan telefon atau mesej, kini semakin sepi.

Sejak kebelakangan itu dia lupa akan kehadiran saya dalam hidupnya, hinggakan pada suatu hari saya menghantar sms pun dia tidak balas. Kadang-kadang jam 3 pagi saya bangun dari tidur saya akan belek telefon bimbit melihat kalau-kalau ada mesej dan panggilan daripada suami.

ALLAH itu maha adil dan pada suatu hari suami tertinggal telefon bimbit di rumah dan pada masa yang sama ada sms daripada seseorang. Tanpa berfikir panjang saya membaca sms tersebut. Hancur luluh hati saya membaca SMS berbunyi "SEHARIAN U TAK CALL, SMS I, MCM I NI TAK WUJUD DLM HIDUP U".

Pada malam tersebut saya menangis. Perempuan mengandung sangat sensitif dan perlukan kasih sayang seorang suami. Selepas peristiwa tersebut suami terus membuat kata kunci telefon bimbit dengan alasan tidak mahu saya tahu apa-apa mengenai dia. Saya benar-benar kecewa.

Sewaktu kandungan saya sembilan bulan, saya didatangi perempuan tersebut yang mengakui telah menjalin hubungan dengan suami malah hubungan mereka sudah lebih dari suami isteri. Menggeletar tubuh yang sarat mengandung ini. Suami saya juga telah pun mengaku dengan alasan kami berjauhan.

Kenapa dia tak beritahu dari awal? Bukankah hubungan kami boleh diselamatkan tanpa perlu dia berlaku curang? Pada saya, ini hanya alasan suami membenarkan kesalahan yang dia buat. Saya amat kecewa dengan perbuatannya. Saya bersalin seorang diri di hospital. Saya sedih dengan pengorbanan yang tidak dihargai.

Saya tidak minta pengorbanan saya dibayar cukuplah sekadar menghargai. Sering kali saya meminta penceraian daripada suami tetapi bila memandangkan wajah anak kecil, saya jadi kasihan kepadanya yang membesar tanpa seorang bapa. Suami saya pernah berkata tidak akan menceraikan saya selagi saya tidak serahkan anak kepadanya.

Suami sekarang sedang teruskan hubungan dengan janda tersebut manakala saya terlontar sepi seorang diri menjadi ibu dan ayah kepada anak tunggal kami. Saya telah ke pejabat agama mendapatkan nasihat dengan membawa segala bukti-bukti. Alhamdulillah hati sedikit tenang.

Malah saya juga bercadang untuk berpindah tempat kerja agar dapat duduk sebumbung dengan suami. Tetapi, soalannya adakah suami akan berubah hati? Dan kembali kepada saya dan anak? Bagaimana saya mahu menambat hatinya semula sedang hati saya sakit? Saya masih sayangkan suami dan rumah tangga ini dan selalu berdoa suami kembali ke pangkal jalan. - Su, Johor.

Cari kekuatan diri, tawan suami

[JAWAPAN] Memang benar, apabila berjauhan kebanyakan suami akan 'terlupa', apatah lagi jika ia digoda. Dalam kes ini, meskipun suami anda bersalah, janda yang menggoda suami anda itu lebih bersalah. Perbuatan dia menyerahkan diri telah menyebabkan suami anda lebih terlena.

Mungkin juga dia tidak tahu lelaki yang dikenalinya pada masa itu adalah suami orang dan bakal bergelar ayah. Membina sebab 'luar kotak' membantu anda positifkan minda, memanglah hati sakit tetapi kita kena cari sebanyak-banyak sebab untuk memujuk hati kita sendiri bukan?

Saat begini siapalah yang akan kisahkan diri kita? Kalau kita bercerita pada orang pun belum tentu orang itu bersimpati kepada kita, apalagi hendak memberikan pertolongan. Memujuk hati sendiri dengan mempositifkan minda ini sangat baik untuk kesan kesihatan yang berpanjangan, sebab apabila mental sakit, ia mengakibatkan spiritual turut sakit, akhirnya melarat kepada fizikal turut mendapat kesannya. - Apa Kata Pakar - Dr HM Tuah Iskandar al-Haj, Motivator www.drtuah.com

Silalah berpindah tempat kerja supaya keadaan dapat dipulihkan sebelum melarat menjadi lebih kronik. Andainya suami mampu sememangnya anda tidak perlu bekerja pun. Bukankah tugas mencari rezeki adalah kewajipan suami? Islam tidak melarang wanita bekerja tetapi andainya disebabkan bekerja itulah timbul macam-macam masalah, ia bukanlah bijak lagi.

Jika anda tanya bolehkah suami berubah hati, tiada siapa yang dapat menjawabnya secara tepat kecuali diri suami itu sendiri serta ALLAH yang Maha Mengetahui, namun sebagai insan yang mahukan yang terbaik dalam hidup, ia adalah salah satu usaha yang paling utama untuk diberikan perhatian.

Mengikut pengalaman saya menangani kes-kes seperti ini, seseorang suami yang sudah terkalih itu boleh ditawan semula melalui; Kembali hidup sebumbung. Maklumlah orang yang sudah terkalih tentulah yang dekat lebih diingatinya berbanding yang jauh walaupun yang jauh itu nyata lebih baik dan lebih cantik.

ni bermakna keputusan anda mengasingkan diri hidup berdua bersama anak adalah silap kerana tanggungjawab membesarkan anak bukan sepenuhnya tertanggung ke atas bahu anda sahaja, suami anda turut bertanggungjawab.

Bertekadlah memberikan layanan A1. Mengapa agaknya dia terpikat kepada janda berkenaan, tentunya sebab janda itu dilihatnya lebih menarik. Seorang janda tentu sudah hilang seri pada wajah dan bentuk badan, tetapi kelakuan yang manja-manja juga adalah antara sebab-sebabnya mengapa seseorang itu tunduk. Bagaimana anda hendak bermanja-manja jika berjauhan?

Memang boleh menghantar SMS atau Whatapps suara, tapi tentu tidak sama dengan berdepan sahaja. Hubungan seksual yang luar biasa mestilah dipersembahkan dalam setiap proses-proses 'keintiman'.

Seorang suami bukan hanya terpikat oleh apa yang sedia ada pada isterinya, juga bakat-bakat terpendam yang boleh menyebabkannya tersenyum dan riang serta sering teringat-ingat. Saya harap anda faham apa yang saya maksudkan. Anak adalah pengikat kasih, jika tinggal satu rumah keletah anak akan membuatkan hati terhibur lantas kasih sayang suami isteri dapat diterapkan.

08:11 0

GADIS 20-AN DIRATAH 4 LELAKI DURJANA SECARA BERGILIR-GILIR

hqdefault
KAJANG – 2 jam umpama dalam neraka, seorang gadis 20-an #diratah oleh 4 lelaki durjana secara bergilir-gilir di bilik hotel di Taming Jaya bilamana mangsa termakan pujukan kenalannya untuk keluar makan bersama.
Dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa dijadikan tawanan dan hamba #seks sebelum berjaya diselamatkan oleh anggota polis yang menyerbu hotel berkenaan pada pagi yang sama.
Mangsa pada mulanya diajak keluar makan oleh seorang suspek berusia 23 tahun pada jam 2 pagi hari kejadian. Mangsa yang tidak mengesyaki apa² terus bersetuju mengikut suspek yang juga kenalan baiknya.
Sebaik selesai makan, mangsa meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah namun ditolak atas alasan lelaki itu mahu ke hotel untuk berjumpa dengan rakannya terlebih dahulu.
Sekali lagi, mangsa bersetuju mengikut suspek. Malangnya 3 lelaki yang sedia menunggu di hotel itu mengheret mangsa masuk ke dalam bilik di tingkat dua hotel itu.
Terkejut dengan tindakan suspek, mangsa cuba melawan tetapi gagal sebelum #diratah oleh 4 suspek secara bergilir-gilir.
Dua anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah pada jam 4 pagi terserempak dengan 3 suspek terbabit dalam keadaan yang mencurigakan di ruang lobi hotel. Apabila polis cuba menghampiri, suspek tiba-tiba melarikan diri.
Namun, tindakan pantas polis berjaya menemui suspek bersembunyi di tingkat dua hotel bersama seorang lagi rakannya. Hasil pemeriksaan, polis menemui mangsa dalam keadaan tidak terurus dan memberitahu #diperkosa.
Sumber itu berkata, polis menahan ketiga-tiga suspek sementara seorang lagi penjenayah sempat melarikan diri dengan terjun melalui tingkap.
08:11 0

[Gempar] Pelajar Perempuan Bertudung Dibuli, Buah Dada Diramas Rakan Sendiri!


TIDAK dinafikan kejadian membuli di sekolah khususnya sekolah menengah satu kejadian biasa biarpun ia sepatutnya tidak berlaku di pusat mempelajari ilmu.

Laman siber hari ini digemparkan dengan penyebaran tiga keping foto seorang pelajar perempuan dibuli oleh pelajar lain dengan cara yang cukup mengaibkan!

Malah perbuatan itu turut dirakam dan disebarkan.

Penulis bagaimanapun tidak mengetahui lokasi kejadian berkenaan dan juga punca ia berlaku.

Perlakuan itu jelas tidak bertamadun dan sudah pasti mangsa akan diselubungi trauma dan kemungkinan besar dilanda sindrom kemurungan selepas kejadian itu.




08:04 1

Harapkan Pegar ,Pegar Tak Boleh Pakai.

Seorang pelajar wanita di sebuah IPTA di Lembah Klang berusia 22 tahun yang dipercayai baru selesai membersihkan diri selepas , terkejut apabila mendapati penguat kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa bersama kekasih yang juga penuntut universiti di Kota Kinabalu emapt hari lepas.
Gadis tempatan yang juga penuntut sebuah IPTA di Kuala Lumpur itu dikatakan menyertai latihan amali di Wisma Majlis Agama Islam Sabah dan mengambil kesempatan untuk memadu asmara dengan kekasihnya.
Bagaimanapun, kegiatan jijik pasangan kekasih dapat dihidu anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang bertindak  berkenaan
08:01 0

11 GAMBAR PAKAIAN PENGANTIN YANG TAK INGIN KITA LIHAT

11 GAMBAR PAKAIAN PENGANTIN YANG TAK INGIN KITA LIHAT | Perkahwinan merupakan hari paling gembira bagi setiap pasangan. Jadi pada hari tersebut kesemuan perancangan akan mengikut apa yang pasangan ini inginkan termasuk baju pengantin. Tapi Kadang-kadang pemikiran mereka malangkaui apa yang pernah kita bayangkan. Cuba tengok baju pengantin wanita yangpelik dan unik.